Usul Mesyuarat Agong

Bil.
Usul
1
1. Membuat pemantauan berkala ke atas penggunaan pas kereta.
2. Diminta memasang semula pagar otomatik
3. Keluarkan stiker baru dengan nombor siri rumah. Dilarang unit tunggakan melebihi 6 bulan mengambil stiker.
2
1. Membuat pemantauan berkala ke atas penggunaan pas kereta.
2. Memastikan sampah-sampah dibuang di tempat yang telah disediakan seperti bilik sampah, bukan di bawah pokok (berhampiran bawah pokok)
3
1. Syarikat keselamatan digantikan dengan syarikat keselamatan yang baru.
2. Meter air ditukarkan kepada meter individu.
3. Memasang tiles@mozek disetiap kawasan pintu lif di tingkat bawah kerana terlalu kotor dan dinding yang berconteng.
4
1. Keluarkan stiker baru berpandukan nombor rumah. Satu rumah satu parking.
2. Clampkan kenderaan yang masuk tanpa pas pelawat.
3. Sediakan tempat yang strategik untuk pembuangan sampah.
4. Sistem gate baru berdasarkan kad sentuh.
5
1. Sekuriti perlu check kereta keluar masuk.
2. Kereta yang tiada stiker dibenarkan masuk selepas pukul 8.30pm sediakan control nombor supaya dapat dketahui berapa kereta tiada stiker sesuatu masa. Terlampau banyak kereta yang tiada stiker.
3. Bas sekolah dan lori perdagangan dibenarkan parking di depan surau sahaja. Beri keutamaan kepada pemilik rumah sahaja.
4. Kereta pemilik yang tidak dibenarkan parking di simpang/selekoh. Blok 4, hujung menghadap blok 1 (mengelakkan kemalangan)
6
1. Persekitaran blok kotor memualkan. Sampah sarap tidak dibuang ditong sampah. Kawasan koridor terdapat banyak barang buangan.
2. Kawasan parking kereta tidak sistematik terdapat satu rumah yang mempunyai 2-3 kereta. Mahu sistem lama penggunaan kad dijalankan semula untuk menghadkan kereta keluar masuk dan mahu kereta yang ada stiker saja dibenarkan parking didalam blok.
3. Sistem keselamatan dipertingkatkan di blok-blok dilakukan dengan lebih kerap untuk mengelakkan kecurian.
7
1. Perbanyakkan kotak parking dan menomborkan mengikut unit apartment supaya tiada penghuni yang membawa lebih dari satu kereta.
2. Hanya beri makanan kucing di taman bukannya di parking motor. Ini untuk mengelakkan kucing membuang najis di tempat duduk motosikal dan menyusahkan penghuni berpakaian masjid.
3. Pelabelan parking akan memudahkan pihak pengurusan untuk memantau penghuni membawa lebih kenderaan sekaligus ini tidak menindas penghuni yang hanya ada satu kereta. Pengurusan juga boleh sita parking tersebut sekiranya maintenance tidak dibayar.
8
1. Kereta yang tiada stiker tidak dibenarkan masuk. (Satu rumah satu parking)
2. Meter pukal dicadangkan tukar ke meter individu (air).
3. Syorkan tiada stiker parking dikenakan clamp dan denda.
9
1. Perhebatkan promosi kebersihan sekitar kawasan Subang Suria. Adakan pertandingan kebersihan blok, paras dan premis.
2. Sistem pengurusan sampah yang lebih teratur dan berkesan. Sediakan laluan mudah troli untuk keluar dan masuk dari bilik sampah, bukannya laluan jalan kaki. Denda penduduk yang buang sampah sesuka hati.
3. Laluan masuk blok 5 hendaklah diubahsuai. Pokok perlu ditebang dan digantikan laluan pejalan kaki dan penghuni tidak buang sampah sesuka hati.